Sesi Perjumpaan Dialog bersama MADA dan pemimpin peladang di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan E-IV Bukit Besar diadakan pada 21 Ogos 2022 bagi membincangkan permasalahan pesawah di Sg. Choras berkaitan Projek RTB Pendang Fasa 1. Sesi dialog dihadiri oleh YB Ustaz Mohd Azam bin Abd Samad, ADUN Sg Limau, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengairan & Saliran MADA dan PPK E-IV Bukit Besar. JPS Kedah telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Ir. Hj. Nasser bin Salim dan Penolong Jurutera Daerah Kota Setar/Pendang/Yan/Pokok Sena.
Pihak PPK membangkitkan isu status semasa pelaksanaan projek yang dilihat sangat perlahan dan menjejaskan para pesawah di kawasan tersebut. Pesawah memaklumkan bahawa sawah padi mereka sebanyak 144 hektar telah beberapa kali tenggelam akibat air hujan tidak dapat dialirkan ke Sg Choras.
Pihak JPS menjelaskan bahawa skop penyelenggaraan dan mendalamkan Sg. Choras tidak termasuk di dalam kontrak projek
Walau bagaimanapun, penyelarasan bersama akan diadakan bagi mencari penyelesaian
terbaik
berkenaan isu ni. Pihak JPS juga akan meneliti semula rekabentuk struktur tebatan banjir seperti ban dan outlet structure agar dapat mengatasi sawah padi tenggelam.