Mesyuarat Tapak Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) Fasa 2 Negeri Kedah bil 5/2022 telah diadakan pada 25 Ogos 2022 bertempat Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi (BPSAH), Ampang Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Operasi) JPS Kedah, Ir. Shardani bin Salleh selaku wakil Pegawai Penguasa. Turut hadir Pegawai-pegawai dari PRAB, Jurutera-Jurutera Daerah JPS Kedah, Penolong Jurutera Daerah, Pegawai Hidrologi Negeri serta pegawai-pegawai dari JPS Kedah.
Ahli-ahli mesyuarat juga diberi kesempatan untuk melawat serta mendengar taklimat oleh Pegawai PRABN di Bilik Kawalan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara. Sejurus selepas itu, pegawai-pegawai dibawa untuk melawat tapak stesen ‘mockup’ bagi Projek Ramalan dan Amaran Banjir Fasa 2 Negeri Kedah.