Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan
‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam
dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman,
kebersamaan dan kesyukuran. Bangkit bersama dengan minda dan jiwa yang
bersih agar dirimu menjadi kebanggaan dan bakal mencipta lipatan memori sejarah yang indah.
Dari seluruh warga JPS Kedah.