PROGRAM KUDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022 PADA 28 OGOS 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

302162380_443622907791300_6869977469447657343_n.jpg300767308_443623464457911_7774321714805945553_n.jpg304041985_443623721124552_1323429894581297734_n.jpg303135310_443623917791199_6882593120017011903_n.jpg302708515_443622367791354_9010522246540122608_n.jpg302607674_443624127791178_46695128339092290_n.jpg302552086_443624007791190_2190802974463666364_n.jpg302432001_443624044457853_5776702180103667357_n.jpg302428004_443623794457878_4111922705742964300_n.jpg302409718_443622574458000_5188531886252025101_n.jpg302199670_443622971124627_2955155794454735336_n.jpg302099935_443623684457889_1920092750080268450_n.jpg302098070_443623347791256_1589659223554033541_n.jpg302094958_443623637791227_9006959646530731167_n.jpg302061910_443624081124516_8983974619859279931_n.jpg302060890_443623881124536_6163185222103682288_n.jpg301995500_443623411124583_3143200672146870118_n.jpg301956027_443623214457936_8102793267089691695_n.jpg301808731_443623097791281_7715142332536869704_n.jpg301730635_443623507791240_8653203186334671751_n.jpg301700797_443623377791253_5407867802631521763_n.jpg301580100_443623594457898_4749186949973717902_n.jpg301557190_443623961124528_1287923848609204057_n.jpg301543774_443622997791291_8789203847342220908_n.jpg301468507_443623311124593_7742742273025210563_n.jpg301399945_443623547791236_1007785900478400113_n.jpg301370576_443622484458009_6356558065676411763_n.jpg301012650_443622417791349_4979727770671240938_n.jpg300973552_443623064457951_7674696819780092851_n.jpg300860547_443623757791215_2931268170100217557_n.jpg300634729_443622861124638_1065047370147020753_n.jpg285099768_443623834457874_8923079851904645160_n.jpg

PROGRAM KUDAH SEMPENA SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022 PADA 28 OGOS 2022
Program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) Sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Negeri Kedah diadakan pada 28 Ogos 2022 bertempat di Denai Sungai Chenang, Langkawi Kedah.
Program seawal jam 7.30 pagi bermula dengan pendaftaran dan aktiviti senamrobik. Setelah itu, majlis perasmian bermula dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah JPS Kedah, Tn. Ir. Hj. Nasser bin Salim. Sejurus selepas itu, ucapan perasmian oleh Tuan Pegawai Daerah Langkawi, YBhg. Dato' Abdul Gafar bin Yahya.
Dalam ucapan perasmian, YBhg. Dato' merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada JPS Kedah kerana menganjurkan program yang bermanfaat seperti KUDAH ini. Program ini diharap dapat diperluaskan lagi di seluruh komuniti di daerah Langkawi dan Negeri Kedah. YBhg. Dato' turut memaklumkan akan membawa dan mengusulkan idea KUDAH ini dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Kampung dan kepada pengusaha Hotel-Hotel di Langkawi supaya bersama-sama turun padang menganjurkan program KUDAH ini kerana program seumpama ini mampu menyuntik semangat semua pihak dan membantu mempertingkatkan taraf kebersihan pulau ini dalam usaha Kerajaan Negeri menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi Pulau Pelancongan.
Program ini disertai oleh Jabatan-jabatan dan agensi di daerah Langkawi. Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Bohor Tempoyak, En Nazeri bin Bahatin dan penduduk kampung sekitar.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023