LAWATAN KETUA SETIAUSAHA KASA KE PROJEK EMPANGAN SABO, TITI HAYUN YAN PADA 1 SEPTEMBER 2022
YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA telah mengadakan lawatan ke Projek Empangan Sabo, Titi Hayun, Yan (Fasa 1) pada 1 Sept 2022. Turut mengiringi YBhg. Dato' ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Dr. Md. Nasir bin Md Noh, Pengarah Kanan JPS Malaysia, Pengarah Bahagian Rekabentuk Empangan, Pengarah Bahagian Korporat, Pegawai-pegawai dari KASA, JPS Malaysia dan JPS Kedah. Lawatan dibuat bagi meninjau status terkini pelaksanaan projek pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan.