FUN RIDE KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) BERSAMA PENJAWAT AWAM SEMARAKKAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KEDAH PADA 3 SEPTEMBER 2022 FUN RIDE KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) BERSAMA PENJAWAT AWAM SEMARAKKAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KEDAH PADA 3 SEPTEMBER 2022
Kira-kira lebih 400 orang penjawat awam seluruh Negeri Kedah mahupun Persekutuan menyertai program "Fun Ride" Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah 2022 di Dataran Pahlawan, Alor Setar pada 3 September 2022.
Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali membuat pelepasan "Fun Ride" orang awam sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Isahak Murat dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah dengan kayuhan sejauh 25 kilometer mengelilingi bandaraya Alor Setar dan kawasan perkampungan sambil menikmati keindahan sawah padi.
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia turut serta dalam program 'Fun Ride' tersebut dan diketuai oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Dr. Md. Nasir bin Md Noh. Turut serta ialah Pengarah Kanan JPS Malaysia, YBhg. Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Pengarah Bahagian Korporat, Ir. Ts. Hajah Norlida bt Mamad, Pengarah JPS Kedah, Ir. Hj Nasser bin Salim, Timbalan Pengarah JPS Kedah, Jurutera-Jurutera Daerah JPS Kedah, Jurutera Projek dan Pegawai-pegawai JPS Kedah.
FUN RIDE KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) BERSAMA PENJAWAT AWAM SEMARAKKAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA KEDAH PADA 3 SEPTEMBER 2022
- Firdaus
- BERITA
- Hits: 785