MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN BAHARU DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG TEPI LAUT PULAU TUBA, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

fad0298f-69b4-44c9-a8c3-6462b8c0380e.jpg00da9056-f00f-4bb5-91f3-f230a0d52b85.jpg0b30298e-1e34-4126-9ea0-ba68487558ea.jpgf133e8b3-41ea-4956-b99c-f4ca3b036b81.jpge9a23b65-9b0a-4d0e-8636-a8253144819e.jpgd93453ac-70c9-4190-9d95-b3519e660c41.jpgd7784bb3-c75c-424c-9f7b-31bb1237ba33.jpgd62c9290-8e84-47ab-87fb-3bb39d7a6011.jpgd05cbca3-3214-4b46-a1aa-57014a2ee188.jpgcc2cbe44-b235-4251-8264-df1a3c433a3b.jpgc94171d0-b699-47e5-b423-b7ab6c0fe56c.jpgb37202ac-51da-4982-aecb-1c513831a6f3.jpg5074642c-09d2-40cb-99eb-1143b5042ac4.jpg480f6160-4cae-4208-9220-f62e893a2d16.jpg479f6497-21d8-4469-a837-cf1d5e075dbb.jpg331fba08-931e-4bc8-b96b-cdef3b7d3b39.jpg48d9ed72-7d99-4389-8a5a-9c9cd8a457a6.jpg30cc1508-d3e6-42b6-b3b8-64e59a91befb.jpg12a9f8b3-46f1-4a79-b041-771930f1bc76.jpg11d93d69-2ba8-4a04-b87c-c50a88ea7d7a.jpg7eccf606-e2d7-47f3-a8c8-ecea905d2bf8.jpg5c66b732-0a61-4cd5-bf2f-e6621ce3fbe5.jpgMAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN BAHARU DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG TEPI LAUT PULAU TUBA, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMANMAJLIS PENYERAHAN PROJEK PEMBINAAN JETI NELAYAN BAHARU DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KAMPUNG TEPI LAUT PULAU TUBA, LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jeti Nelayan Baharu Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kampung Tepi Laut Pulau Tuba, Langkawi, Kedah Darul Aman telah diadakan pada 18 September 2022 (Ahad) bertempat di Dewan Chalet Faridzuan, Pulau Tuba Langkawi. 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes JPS Malaysia, YBhg. Dato' Ir. Sabri bin Abdul Mulok kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi. 
Majlis diteruskan dengan penyerahan projek daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM) kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanaan (MAFI). Majlis penyerahan ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanaan (MAFI). 
Projek Pembinaan Jeti Nelayan Baharu Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Kampung Tepi Laut Pulau Tuba, Langkawi, Kedah Darul Aman telah bermula pada 10 Mac 2020 dengan kos kontrak keseluruhan sebanyak RM9,030,479.52 dan kontraktor telah berjaya menyiapkan sepenuhnya pada 28 Julai 2022. Skop utama meliputi pembinaan sebuah Jeti bagi kegunaan para Nelayan di kawasan Kampung Tepi Laut. 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah JPS Kedah, Ir. Haji Nasser Bin Salim selaku Pegawai Penguasa (PP) bagi projek ini dan dibantu oleh Jurutera Daerah JPS Langkawi selaku Wakil Pegawai Penguasa (WPP). Penghargaan turut diberikan kepada Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP), Bahagian Projek Khas (BPK), JPS Malaysia dan Bahagian Pantai & Saliran Pertanian (BPSP) JPS Kedah yang turut menjadi tulang belakang dalam menyiapkan projek ini.  
Ucapan syabas dan tahniah juga kepada pihak Kontraktor Utama, KMZ Restu Enterprise Sdn. Bhd. serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek ini.


Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023