SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-90 JPS MALAYSIA DAN SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 25 SEPTEMBER 2022

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Graphic1.JPG2.JPG6.JPG9.JPG8.JPG7.JPG5.JPG4.JPG13.JPG12.JPG14.JPG15.JPG11.JPG10.JPG18.JPG16.JPG17.JPG20.JPG19.JPG20.JPG19.JPG17.JPG

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-90 JPS MALAYSIA DAN SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2022 PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 25 SEPTEMBER 2022
Negeri Kedah telah terpilih menjadi tuan rumah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-90 dan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun 2022.
YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air telah merasmikan Sambutan 90 Tahun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) 2022 bertempat di Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda (PLSM), Kota Kuala Muda, Kedah. Sambutan Hari Sungai Sedunia pada tahun ini bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti” untuk mendekatkan masyarakat setempat dengan sungai berdekatan dan menerapkan usaha pemeliharaan bersama komuniti setempat.
Turut hadir bersama YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Pengairan dan Saliran Kerajaan Negeri Kedah mewakili
YAB Menteri Besar Kedah, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), YBrs. Dr Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan)KASA, YBhg. Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir Bin Md. Noh, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, YBrs En. Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim, Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, YBhg. Datuk Haji Md. Shuhaimie Bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Kuala Muda, YBrs. Ir. Haji Nasser bin Salim, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, YM Tengku Zambri bin Raja Zainal Abidin, Pengarah Operasi PLSM.
Sambutan Program bermula seawal 7.30 pagi dengan aktiviti berbasikal menyusuri Denai Sungai Muda sepanjang 16km. Aktiviti berbasikal ini melibatkan lebih 100 penyertaan diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), KASA bersama-sama YB EXCO Kedah, Ketua Pengarah JPS Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Bisnes, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pakar (Menanggung), Pengarah Kanan (Pengurusan), Pengarah JPS Negeri, Pegawai-pegawai JPS Malaysia, JPS Kedah, PLSM dan masyarakat setempat.
Sejurus aktiviti berbasikal, sesi lawatan dan taklimat berkenaan fungsi dan operasi Ampang Jajar, Sungai Muda telah diberikan oleh Pengarah Operasi PLSM kepada YB Menteri KASA, YBhg. KSU, YB EXCO, YBhg. Ketua Pengarah, Pegawai-pegawai KASA, JPS Malaysia dan JPS Kedah. Setelah itu, program diteruskan dengan aktiviti penanaman pokok buah-buahan di kawasan sekitar PLSM. Antara pokok yang ditanam adalah pokok longan dan dokong.
Antara aktiviti lain yang turut diadakan pada sambutan hari tersebut adalah Pertandingan Mewarna melibatkan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah, Taklimat Kesedaran Sungai kepada pelajar-pelajar sekolah, pameran dan jualan oleh Jabatan-jabatan, Agensi-Agensi & pembekal produk serta acara cabutan bertuah. Sambutan kali ini sangat meriah dan telah dihadiri oleh kira-kira 1200 orang melibatkan Agensi Kerajaan, Agensi Swasta, NGO, Pelajar-pelajar Sekolah dan Penduduk-penduduk Negeri Kedah terutama di daerah Kuala Muda.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : webmaster@didkedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023