LAWATAN KERJA KE PROJEK SKIM PEMINDAHAN AIR JENIANG FASA 1 & FASA 2, DAERAH KUALA MUDA BERSAMA TUAN MUHAMAD MAHAZI BIN HAJI IBRAHIM, PENGARAH PERANCANGAN EKONOMI NEGERI KEDAH.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

f3f91942-79ff-4bc1-93fe-d8d2b2d070e9.jpgf24210a4-5547-45e4-835f-afb275a55fea.jpgf764410f-09b2-4166-a7fb-a1d61506618c.jpgec7d1684-d254-460a-9cc3-1118abce38b9.jpgeb18734a-4809-4e63-8fcd-631b5a534780.jpgd6d748a9-7eb2-4dad-a11e-13b2b56e13b3.jpgd3b7e4a5-4c84-4218-b6bb-937af5c480de.jpgc1324041-2921-49af-ac09-ebfea35ceac8.jpgc35314dc-2d72-41af-bc50-59bd4deeb0fc.jpgc6157e9e-4c63-474f-8345-290f3ffb6b22.jpgbb367bef-e21b-4bf9-b782-14be5bd44234.jpgb41db0a6-b0c5-4e8c-8520-4c165851a218.jpgaeb6c7dd-88d3-41b7-b636-f4de102a3f4d.jpgad7aec86-1bff-42df-9af7-ee731b43a058.jpga4536cde-7bc5-4600-9d9c-592dc8aca6ff.jpga3572be8-fdf5-4447-b0fe-1991e20fff54.jpg72329039-2a19-4a2a-909b-880ebd8790f9.jpg9197193a-7880-4e11-b110-d6022bd15efd.jpg98052ffc-6abe-471a-942c-f650ea4486b0.jpg5548d263-8004-4714-97ca-0b5e030c8699.jpg3111e3f5-692d-4e56-8b71-02e899437f62.jpg593f6357-73fe-42ec-a9c8-20c38d9fa64a.jpg163d6589-62e3-4d2e-87ed-d1cdde53a5a0.jpg94bbd7e5-98f7-4bfb-a3ee-e22213ff3da3.jpg77cadd7f-0503-4bd9-ad07-74b9af04982e.jpg13cb08fa-c93e-4fa0-a5e1-0f0dc597da86.jpg9e0605b1-fbe2-4700-b895-5c81007edf4f.jpg8f80f6d7-aac6-467b-a65d-b355e16921c3.jpg7b583f17-1fa3-416c-a84b-88a2b0d4d330.jpg6af657e9-6c89-447b-92f7-b014b04f5412.jpg5c569386-3807-437f-9244-7950c639e277.jpg5a047b63-7355-4946-93c7-5bae64fde52a.jpg2ce39176-0e2a-4ce4-896f-5b7d79adf244.jpg1be19050-c013-4970-b0ff-45f869214586.jpg

LAWATAN KERJA KE PROJEK SKIM PEMINDAHAN AIR JENIANG FASA 1 & FASA 2, DAERAH KUALA MUDA BERSAMA TUAN MUHAMAD MAHAZI BIN HAJI IBRAHIM, PENGARAH PERANCANGAN EKONOMI NEGERI KEDAH.
Satu Lawatan kerja Pengarah Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Tuan Muhamad Mahazi bin Haji Ibrahim ke Projek Skim Pemindahan Air Jeniang (SPAJ) telah diadakan pada 5 Oktober 2022. Lawatan tersebut turut disertai oleh Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah LSANK, Encik Noor Effarizan bin Ismail, Pengarah Bhg Perkhidmatan Pengairan dan Saliran MADA dan juga pegawai-pegawai dari Bhg. Perancang Ekonomi Negeri Kedah, LSANK dan MADA.
Pengarah JPS Negeri Kedah Ir. Haji Nasser bin Salim dan Puan Marziah binti Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan mewakili Pengarah BPSP MAFI telah menyambut ketibaan rombongan tersebut. Satu taklimat berkenaan pelaksanaan projek SPAJ telah diberikan oleh Puan Khaliza Binti Sedek, Ketua Penolong Pengarah JPS Negeri Kedah dan Puan Asyhikin binti Rusli, Penolong Pengarah Kanan BPSP MAFI.
Satu perbincangan berkenaan isu pelaksanaan projek juga telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan. Perbincangan ini menunjukkan kerjasama dan komitmen Kerajaan Negeri Kedah kepada Kerajaan Persekutuan. Rombongan juga telah dibawa melawat tapak projek SPAJ Fasa 1 yang telah siap pada 4 Julai 2022 yang melibatkan pembinaan ampang jajar dan muka sauk.

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023