User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) seperti yang dinyatakan di bawah ini:-

  • JAWATAN                                     :    PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
  • BIL KEKOSONGAN                     :    1
  • KLASIFIKASI                               :    Perkhidmatan Kemahiran
  • KUMPULAN PERKHIDMATAN   :    Pelaksana

JADUAL GAJI :

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN

GAJI TAHUNAN

RM 1,377.00

RM 4,052.00

RM 100.00

KETERANGAN

  1. Pemohon-pemohon hendaklah memuat turun borang permohonan secara online (atas talian) dengan melayari Portal Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah di laman sesawang www.didkedah.gov.my
  2. Syarat-syarat dan keterangan lanjut mengenai jawatan seperti di atas boleh dirujuk kepada iklan jawatan yang terdapat di portal tersebut.
  3. Tarikh iklan pada  : 17 Julai 2022
  4. Tarikh tutup permohonan pada :  28 Julai 2022 jam 12.00 tengahari.

Muat turun pada pautan di bawah

Muat turun pada pautan di bawah

KLIK SINI UNTUK IKLAN : Iklan Jawatan Kosong

KLIK SINI UNTUK BORANG : Borang Jawatan Kosong

 



Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

292381022_459116759548996_8925359829316309759_n.jpg292262771_459116809548991_8255642023236433637_n.jpg292212611_459116722882333_6304402971875703981_n.jpg292061261_459116829548989_8125779303522110506_n.jpg291986308_459116822882323_7897564377507880936_n.jpg291984176_459116756215663_1403709449344635441_n.jpg292757973_459116819548990_8196830820609014630_n.jpg292694405_459116849548987_3239885880180891298_n.jpg292579244_459116826215656_1511820873998302501_n.jpg292523821_459116832882322_1710586636613415623_n.jpg292471271_459116742882331_1634109168797489926_n.jpg

RAJA MUDA KEDAH TINJAU TRAGEDI KEPALA AIR BALING
SABTU (09.07.2022)
BALING - Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehudin dan Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan berangkat mencemar duli mengadakan lawatan dan menziarahi mangsa-mangsa bencana kepala air di Daerah Baling hari ini.
Dalam lawatan tersebut Tuanku berdua perkenan mendengar taklimat di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) yang diwujudkan di hadapan Tadika KEMAS Kampung Bendang Bechah. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Baling, Sup. Shamsudin Mamat dan Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah.
Sejurus selepas taklimat tersebut, Baginda berdua dibawa melawat tempat kejadian di Kampung Iboi yang teruk terjejas akibat kepala air dan menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang keperluan harian yang disumbangkan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) kepada 112 keluarga terlibat.
Dalam lawatan ke kampung tersebut, Baginda berdua telah melakukan lawatan dan melintasi Jambatan Bailey yang baru siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dengan adanya jambatan tersebut, jalan yang terputus akibat bencana tersebut telah dapat dihubungkan semula dan sekaligus memudahkan penduduk tempatan menjalankan aktiviti harian mereka.
Baginda berdua yang turut berangkat bersama kedua-dua anakanda Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan khidmat sosial membersihkan pekarangan Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang yang turut terjejas teruk akibat bencana tersebut.
Dalam pada itu, Baginda turut menyampaikan barangan dan wang tunai kepada penduduk yang terjejas akibat bencana kepala air tersebut.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Dan Sumber Manusia Negeri, Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Isahak Murat; Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Wan Hassan Wan Ahmad; Ketua-ketua Jabatan dan Agensi.
Ketika ditemui media, DYTM berdua menzahirkan ucapan takziah buat semua keluarga yang terlibat dan berharap mereka bersabar menghadapi ujian yang ditempuhi lebih-lebih lagi tragedi berkenaan berlaku ketika umat Islam sedang membuat persediaan menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha.
“Saya rasa berbangga kerana dalam mengharungi ujian ini, banyak pihak dari pelbagai agensi serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan berbesar hati turun membantu penduduk yang terjejas mengikut kemampuan dan fungsi agensi masing-masing.
“Diharap semua penduduk di negeri ini khususnya, sentiasa peka terhadap amaran dan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dari semasa ke semasa kerana kesiapsiagaan kita boleh membantu mengurangkan risiko sekiranya berlaku sebarang bencana alam," kata Baginda.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

291888039_591559229200516_4440809303622250275_n.jpg

Pelaksanaan projek berkenaan adalah berdasarkan penilaian yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama pasukan teknikal KASA dan JPS pada 5 dan 6 Julai sejurus bencana banjir yang melanda Baling pada 4 Julai 2022.
💧🌱🌏

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

292514604_10166949558645422_1346427360675918696_n.jpg

[Geo Info]
Tahukah anda?
Apakah itu ALIRAN PUING?
Aliran puing adalah fenomena pergerakkan tanah seakan aliran yang teramat pantas, bergerak melalui saliran air sedia ada yang curam melibatkan bahan-bahan tepu air dan tidak diisih termasuk campuran tanah berbutir, bahan organik (kayu-kayan) dan bahan puing yang lain (Hungr et. al., 2001).
Aliran puing melibatkan tiga (3) mekanisma utama :
i. Tanah runtuh di kawasan bercerun curam (dicetus oleh hujan lebat dan tanah tepu air)
ii. Longgokan puing dan lumpur di kaki bukit dan kawasan landai di sekitarnya
iii. Aliran lumpur dan puing sepanjang alur dari kawasan pergunungan hingga ke kaki gunung
Rujukan : Draf Garis Panduan Kajian Forensik dan Pemetaan Geologi Kejuruteraan Aliran Puing di Malaysia, JMG.GP.31

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

292437865_406630558157202_3272719783825071525_n.jpg292611426_406630821490509_1333341714422741185_n.jpg292132548_406630864823838_178570387258876058_n.jpg292110648_406630384823886_2934343782301492998_n.jpg291950680_406630674823857_6009531049430156694_n.jpg291674135_406630764823848_7334120967275592359_n.jpg291534985_406630911490500_7196757629533018859_n.jpg291435968_406630464823878_3392918322653132252_n.jpgSusulan kejadian banjir kilat yang berlaku di Baling pada 4 Julai 2022, JPS Kedah melalui JPS Daerah Kuala Muda/Sik/Baling telah mengambil langkah dengan melaksanakan kerja-kerja pembersihan segera bagi membuang halangan dan melancarkan aliran sungai di Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi dan Ibu Bekalan Iboi. Antara kerja kecemasan yang dilaksanakan adalah kerja-kerja membuang halangan kayu, pokok-pokok, reba di Sungai Kupang serta pembaikan dan pengukuhan tebing.


Subcategories

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023