Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
Tuan Kamal Bin Mustapha mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir pada majlis perpisahan beliau di Ibu Pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah. Tuan Kamal Bin Mustapha akan berkhidmat sebagai Pengarah JPS Negeri Kelantan berkuatkuasa 7 Ogos 2017.
“Makan Sedulang, Tidur Sebantal,
Sekapal Sepelayaran, Sepadang Sepermainan,
Sekhemah Sepertiduran, Sekereta Seperjalanan,
Segelanggang Seperguna, Seperindah,
Sepermainan, Sampai Masa Berpisah Jua”….
 
AKI 1324
 
 
AKI 1308
 


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JPS Negeri Kedah 2017 berlansung dengan meriah. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md. Hanipah turut menyantuni undangan yang turut dimeriahi oleh kehadiran beberapa EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Ketua-ketua Jabatan dan orang ramai yang memenuhi Rumah Pam Sungai Raja.

jamuanrayajps2017-1

jamuanrayajps2017-2

 

LIKE dan Layari Facebook Rasmi JPS Kedah di https://www.facebook.com/JPSKEDAH/ untuk melihat gambar-gambar selanjutnya


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Satu program motivasi telah diadakan untuk kakitangan JPS Kota Setar/Pendang/Yan bertempat di Dewan Malinja I Hotel Seri Malaysia. Program bertujuan untuk meningkatkan produktiviti diri dikalangan kakitangan supaya dapat memberi perkhidmatan yang optimum. Ceramah motivasi disampaikan oleh Imam I masjid Zahir Yang Berbahagia Ustaz Hj Mohd Isa bin Hj Abdul Rahman. Diakhir program ini diadakan majlis ringkas sempena perpisahan Jurutera Daerah En Mokhtar bin Hasran yang dinaikkan pangkat dan bertukar ke JPS Johor. Turut diraikan Puan Nur Syuhada, Jurutera yang baru ditukarkan ke JPS KS/P/Y. Warga JPS KS/P/Y mengucapkan selamat maju jaya kepada En Mokhtar dan Selamat menyertai keluarga JPS KS/P/Y

20170709_111307a.jpg   

 

 

 


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Menteri Sumber Asli & Alam Sekitar. Majlis di adakan di Hotel Grand Alora Alor Setar di hadiri oleh pegawai dan kakitangan agensi/jabatan zon utara. Selesai solat tarawih JPS Kedah menjemput delegasi YB Menteri serta Dato KP JPS Malaysia makan durian di Rumah Pam Alor Malai.

DSC 3185

DSC 3288

 

Layari Facebook Rasmi JPS Kedah untuk melihat gambar-gambar selanjutnya : https://www.facebook.com/pg/JPSKEDAH/photos/?tab=album&album_id=1972675239425280


Subcategories

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023