Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

316941272_507699541383636_8271380899842355661_n.jpg316663969_507699638050293_6810469788617053591_n.jpg316811593_507699608050296_1990716499762597835_n.jpg316689482_507699554716968_6672800119734760903_n.jpg316674228_507699628050294_5055204542205729136_n.jpg316667294_507699501383640_2993147895803582625_n.jpg316666737_507699581383632_1436401327886897504_n.jpg

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN (MAFI) KE PROJEK SKIM PEMINDAHAN AIR JENIANG (SPAJ)
Satu Lawatan kerja Bahagian Pembangunan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Puan Safida Zalma binti Mohd Piah ke Projek Skim Pemindahan Air Jeniang (SPAJ) telah diadakan pada 23 November 2022. Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah Bahagian Pengairan & Saliran Pertanian (BPSP, MAFI), Encik Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Pengurus Besar MADA, Tuan Haji Kamarudin bin Dahuli, Ir Shardani bin Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JPS Negeri Kedah dan juga pegawai-pegawai dari MAFI, BPSP, JPS Negeri Kedah dan MADA.
Satu taklimat berkenaan pelaksanaan projek SPAJ telah diberikan oleh Puan Marziah binti Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPSP MAFI dan Puan Khaliza Binti Sedek, Ketua Penolong Pengarah JPS Negeri Kedah. Satu perbincangan berkenaan isu pelaksanaan projek juga telah diadakan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut perancangan. Rombongan juga telah dibawa melawat tapak projek SPAJ Fasa 1 yang telah siap pada 4 Julai 2022 yang melibatkan pembinaan ampang jajar dan muka sauk.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

316413776_507726074714316_5539472570767120145_n.jpg316413017_507725708047686_8347152702545848582_n.jpg316412437_507725704714353_8155030635223515505_n.jpg316411819_507726181380972_8787813267342253604_n.jpg316410475_507725591381031_4280637832419941541_n.jpg316410332_507725941380996_3957706393302852133_n.jpg316279342_507725674714356_6402101359711383485_n.jpg316808505_507726134714310_3929738337971011475_n.jpg316425509_507725588047698_3856332142106831592_n.jpg316418387_507725828047674_1130938877808428013_n.jpg316417849_507725971380993_4389405130331899669_n.jpg316417805_507726024714321_1904612435423389352_n.jpg316417763_507725564714367_7862927141539331956_n.jpg316416148_507725901381000_5541277839198186328_n.jpg

Lawatan Teknikal YB. EXCO Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, YB. Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria ke Projek Pengairan JPS Daerah Padang Terap, Kedah
YB. Exco Kerja Raya, Tenaga, Bekalan Air, Sumber Air, Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Hj. Mohammad Yusoff @ Munir Bin Hj. Zakaria telah mengadakan lawatan teknikal pada 23 November 2022 ke kawasan sekitar Skim Pengairan Carok Kejal dan Skim Pengairan Kurong Hitam Daerah Padang Terap. YB Exco meninjau struktur-struktur pengairan JPS iaitu di Ibu Bekalan Kg Sena, Ibu Bekalan Kg. Dalam dan sekitar kawasan berhampiran yang terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan luar jangka dan musim peralihan Monsun Timur Laut (MTL).
YB. Exco juga turut meninjau lintasan yang dibina oleh individu yang menjadi salah satu punca masalah banjir di kawasan Kg. Perik. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Jurutera Daerah JPS Kubang Pasu/Padang Terap, Hjh. Maimunah bt Abu Hassan Ashaari. Turut bersama semasa sesi lawatan tersebut ialah Pengarah JPS Negeri Kedah, Pengarah LSANK, Pegawai BPEN, pegawai-pegawai dari Pejabat Daerah Padang Terap, Jurutera serta pegawai-pegawai dari JPS Daerah Kubang Pasu serta penduduk kampung.
Hasil lawatan tersebut, beberapa cadangan untuk penambahbaikan akan dilaksanakan oleh pihak JPS bersama agensi dan jabatan berkenaan bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

316686146_506993194787604_2252342164362288747_n.jpg316039427_506992468121010_4136931865062030276_n.jpg316675251_506992541454336_6399367224513729371_n.jpg316667751_506992528121004_5431061091267874030_n.jpg316664505_506992601454330_2532707615650216371_n.jpg316555776_506992144787709_2806487538754980288_n.jpg316803210_506992561454334_201359039045491393_n.jpg

Kursus HRMIS Submodal Myportfolio JPS Negeri Kedah
Kursus HRMIS Submodal Myportfolio JPS Negeri Kedah telah diadakan pada 21 hingga 22 Nov 2022 bertempat di Makmal ICT, Bahagian Teknologi Maklumat Kedah. Kursus ini telah diberikan oleh penceramah dari Bahagian Sumber Manusia, BSM SUK Kedah dan dihadiri oleh Pegawai-pegawai dari bahagian dan daerah di JPS Kedah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

316061135_500492275443875_1784545502575579600_n.jpg315742813_500492378777198_5737386586687182216_n.jpg315484759_500492192110550_8494350111886037096_n.jpg315409405_500491865443916_1003409684848588253_n.jpg316674603_506633491490241_8295672083091267757_n.jpg316670238_506633458156911_4192793380743044321_n.jpg316409897_506633528156904_5469482624286992939_n.jpg316240973_500492062110563_4380485745817574927_n.jpg316141118_500492632110506_2835927386214604867_n.jpg

LAWATAN TEKNIKAL BERSAMA JABATAN PENGARIAN DAN SALIRAN (JPS) LANGKAWI.
22hb November 2022 (11.00 Pagi)- Lawatan teknikal bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Langkawi telah diadakan bagi membincangkan mengenai isu banjir kilat yang terjadi di beberapa kawasan hospital dan kuarters yang menjejaskan penduduk sekitar berikutan keadaan cuaca luar jangka dan musim peralihan monsun. JPS langkawi selaku agensi teknikal utama telah membuat penilaian semasa terhadap infrastruktur sediada seperti longkang, kolam tankungan banjir dan pembentungan.
Beberapa rekabentuk dan pembaikan akan dicadangkan bagi mengatasi masalah yang berlaku bagi menampung kapasiti larian air permukaan (surface runoff) dan hujan lebat. Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Ir. Mohamad Ayub Bin Ishak (Jurutera Daerah JPS Langkawi), Dr. Akmal Naziah Binti Dato' Haji Ahmad (Pengarah Hospital), Timbalan-Timbalan Pengarah, Jurutera dan Penolong Jurutera dari kedua-dua agensi.

Subcategories

Jabatan Pengairan Dan Saliran
Negeri Kedah Darul Aman,
Tingkat 7, Bangunan Sultan Abdul Halim,
Jalan Sultan Badlishah,
05000, Alor Setar,
Kedah, Malaysia
Tel : +60 4-729 7373
Fax : +60 4-729 7374
Email : jps@kedah.gov.my

Dasar Keselamatan
Dasar Privasi

Penafian
Bantuan
Peta Laman
Persetujuan Tahap Perkhidmatan (SLA)
Dasar Kerajaan

© Hak Cipta 2018.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman

Paparan terbaik adalah dengan menggunakan Internet Explorer 11 dan Mozilla Firefox versi terkini ke atas dengan resolusi monitor 1024 x 768

Imbas QR Code di bawah untuk versi telefon pintar

QR didkedah 01

Masa Capaian : 0.38s | Maklumat portal ini telah dikemaskinikan pada : 01 Jun 2023